Watie Sadali Menyesal Suntik ‘Filler’, Buang Dagu Serupa Ahli Sihir

Penyanyi dan pelakon, Watie Sadali, 48, mengakui menyesal melakukan suntikan ‘filler’ pada bahagian dagu selepas menyedari memberi kesan buruk kepada wajah.

Menyedari perbuatan dilakukan salah, pemilik nama sebenar Norwati Sadali akhirnya membuat keputusan membuang ‘filler’ tersebut dan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.

“Saya sudah buang filler di bahagian dagu yang pernah saya suntik beberapa tahun lalu. Saya rasa menyesal buat suntikan itu.

“Mungkin waktu melakukan prosedur tersebut, saya terikut cakap kawan-kawan dan langsung tidak fikir panjang.

“Nak buang perlu kos yang banyak, dah sama macam harga bayar donwpayment kereta.

“Filler itu makin teruk kerana campur dengan yang tak asli. Bila guna yang palsu dekat muka, lama-lama dagu saya jadi panjang dan buruk seperti ahli sihir,” kongsinya ketika ditemui di sebuah majlis, baru-baru ini.

Justeru, isteri kepada pelawak dan penyanyi, Joey Daud itu berpesan kepada orang ramai supaya tidak melakukan perkara sama selain mengambil iktibar dengan apa yang terjadi.

“Nasihat saya kepada semua, tolong bersyukur dengan wajah sedia ada. Kalau nak buat pun pergilah ke tempat yang betul, jangan di tempat yang murah nanti jadi buruk.

“Sehingga kini saya perlu berjumpa doktor berkali-kali untuk buang, doktor cakap saya bernasib baik sebab saya buat dekat dagu sahaja kalau tempat lain memang lebih teruk,” kongsinya lagi.

Related post

Leave a Reply