Nasi lemak merupakan hidangan kegemaran ramai di Malaysia. Menerusi pelbagai inovasi dan kreativiti, nasi lemak sering kali diolah dalam pelbagai bentuk atau menjadi inspirasi kepada ciptaan gastronomi yang unik.
Selain terkenal dengan gabungan nasi, sambal, ikan bilis, kacang, timun dan telur, hidangan ini juga pernah digabungkan dengan pelbagai bahan yang mungkin dianggap tidak masuk akal oleh kebanyakan orang.
Hal ini boleh dilihat menerusi satu muat naik yang dilakukan oleh seorang wanita di laman Tiktok.
Menerusi video yang dikongsikan, wanita ini dilihat mencuba sesuatu yang luar biasa, iaitu menggabungkan nasi lemak dengan aiskrim berperisa vanila.
Dalam video yang berdurasi satu minit berkenaan, wanita berkenaan dilihat membuka paket nasi lemak dan meletakkannya ke dalam pinggan.
Kemudian, dia meletakkan satu cawan ais krim vanila di atas nasi lemak tersebut sebelum menambah sesudu sambal ke atas aiskrim tersebut
Selepas memperlihatkan ‘hidangan’ yang telah siap kepada penonton, wanita itu terus mencuba gabungan pelik tersebut dengan menyuap nasi lemak bersama ais krim ke dalam mulutnya.
Namun, seperti yang dijangka, tidak semua orang menyukai idea ini. Ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wanita itu.
Tidak kurang, ada yang mempersoalkan, bagaimana wanita itu tergamak untuk menikmati nasi lemak dengan aiskrim.
Antara komen yang diterima:
“Terima kasih kak, saya dah hilang selera dan makan.”
“Terima kasih kak, awak tolong saya berdiet.”
Sumber: TikTok