Di negara seperti Malaysia, di mana rakyatnya terkenal sebagai pencinta kulinari, festival makanan merupakan lokasi utama buat para peniaga untuk bukan sahaja untuk mencari rezeki, malah menunjukkan kemahiran kulinari mereka.
Malangnya, festival makanan juga sering dipenuhi oleh peniaga yang mencari peluang untuk mengaut keuntungan dengan mengenakan caj melampau kepada pelanggan… seperti yang dialami oleh seorang lelaki ini.
Dalam satu gambar yang dikongsi di Facebook oleh MelakaExplorer, kelihatan lelaki tersebut memegang satu cawan plastik yang berisi gula-gula kenyal pelbagai jenis yang dibeli oleh adiknya.
Namun, kejutan sebenar bukanlah pada jumlah gula-gula yang diambil, tetapi pada harganya.
Menurut individu yang memuat naik kisah itu, ketika ibunya ingin membuat bayaran, peniaga berkenaan dengan senyuman lebar memberitahu bahawa harga keseluruhan adalah sebanyak RM57.
Mendengar harga tersebut, si ibu begitu terkejut sehingga tangannya ‘mula menggeletar’ semasa menyerahkan wang bayaran itu.
Netizen turut sama terkejut dengan harga gula-gula tersebut dan menyamakan insiden itu dengan rompakan secara terang-terangan.
Berikut merupakan komen-komen daripada netizen:
“Sebab tu aku boikot semua food festival. Pergi first time and that’s the last.”
“Lepas tu peniaga food festival hairan kenapa takde pengunjung.”
“Lah, kenapa ambil, letak balik je lah.”