Super Ring Dijual Hingga Hampir RM8 Di Ireland

Gara-gara mahu mengubati rindu anaknya terhadap snek kegemaran dari Malaysia, seorang ibu sanggup berbelanja sehingga hampir RM8 semata-mata mahu mendapatkan snek popular Super Ring.

Menerusi satu perkongsian TikTok, pengguna platform tersebut yang bernama Samantha berkata, snek berkenaan dijual pada harga €1.5 (bersamaan RM7.46 sepeket), iaitu tiga kali ganda lebih mahal dari yang dijual di kedai-kedai runcit di Malaysia.

Begitupun, Samantha berkata, harga sedemikian bagi snek dalam paket adalah normal di negaranya, iaitu Ireland.

“Dalam ringgit ia mungkin mahal, tapi sangat normal jika dalam mata wang Euro. Anak saya suka sangat Super Ring,” tulisnya.

Selain snek popular itu, Samantha juga turut membeli produk lain seperti air tin, buah laici dalam tin, pes nasi goreng dan satay segera.

Samantha juga pernah berkongsi tentang hobinya mengunjungi kedai runcit Malaysia di Ireland jika dia mahu membeli barangan dari Malaysia.

Dalam video berasingan, Samantha turut merakamkan momen ketika berada di kedai runci barangan Malaysia dan video berkenaan menerima lebih satu juta tontonan.

Difahamkan, keluarga kecil ini mula jatuh cinta dengan Malaysia selepas melancong ke Pulau Langkawi.

Related post

Leave a Reply