Seniman Kecam Penahanan Aktivis Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

Seniman Kecam Penahanan Aktivis Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

Persatuan Seniman Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang telah menahan sejumlah aktivis kemanusiaan yang terlibat dengan misi bantuan ke Gaza.

Menerusi misi bantuan Global Sumud Flotilla, ada di dalam kalangan ahli Persatuan Seniman ditahan dan mencetuskan kebimbangan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara tidak sah. 

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah, pihaknya mengecam keras tindakan tersebut tidak teragak-agak menghantar nota bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat dan Peetubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya tiada tindakan segera dilakukan.

“Tindakan ini jelas merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Di bawah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS, 1982), semua kapal awam di laut lepas mempunyai hak kebebasan belayar dan tidak boleh diganggu atau dirampas kecuali dalam keadaan tertentu seperti lanun, penyeludupan dadah atau jika kapal tidak berdaftar. 

“Tindakan menghalang bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik juga bercanggah dengan Konvensyen Geneva 1949 serta Protokol Tambahan I (1977), yang secara jelas menetapkan bahawa semua pihak wajib membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada orang awam yang memerlukan tanpa sebarang halangan,” kata Hafiz dalam satu kenyataan.

Antara aktivis Malaysia yang ditahan tentera Israel.

Sehubungan dengan itu, Seniman mengesa kerajaan Malaysia segera mendesak dan menggunakan saluran diplomatik antarabangsa serta tekanan politik agar semua aktivis kemanusiaan warga negara Malaysia dan ahli Seniman dijamin keselamatan, pembebasan segera dan segera dihantar pulang ke tanah air. 

Seniman mengecam keras tindakan tentera laut regim zionis Israel terhadap kesemua aktivis kemanusiaan yang dalam misi aman menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan keperluaan asas kepada mereka yang memerlukan. 

“Seniman beranggapan bahawa menghalang misi kemanusiaan ke Gaza akan memburukkan lagi keadaan krisis kemanusian yang semakin meruncing disana. 

“Pihak Seniman mendoakan agar ke semua aktivis kemanusiaan yang telah diculik oleh tentera regim zionis Israel terutama rakyat Malaysia dan ahli Seniman dilindungi oleh Allah sebaik-baiknya dan tidak di apa-apakan oleh regim zionis Israel,” tambahnya lagi.

Related post

Leave a Reply