Global

“Saya Akan Cerai Esok!” Suami Mengamuk Di Hospital, Tak Setuju Doktor Lelaki Periksa Isteri Hamil

Seorang lelaki di China gagal mengawal emosi selepas mengetahui seorang doktor lelaki bakal memeriksa isterinya yang sedang hamil.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kejadian itu berlaku di sebuah hospital di Changchun.

Lelaki tersebut dilaporkan menjerit: “Saya akan cerai esok!” dan “Saya tak mahu hidup lagi! Saya akan mati di hospital ini hari ini!”

Dia juga dirakam berlari serta menghantukkan kepalanya ke dinding ketika kakitangan hospital cuba menenangkannya.

Tidak lama kemudian, dia rebah ke lantai sambil terus menjerit bahawa dia tidak mahu hidup lagi.

Kakitangan perubatan kemudian membawakan kerusi roda dan tangki oksigen untuk menenangkannya.

Pihak hospital kemudiannya menjelaskan bahawa prosedur perubatan yang dijalankan adalah mengikut peraturan dan terdapat kakitangan perubatan wanita yang turut hadir semasa pemeriksaan oleh doktor lelaki tersebut.

Seorang kakitangan hospital turut menegaskan bahawa insiden itu bukan melibatkan pertikaian perubatan.

Hospital juga memberi jaminan kepada wanita hamil itu selepas pemeriksaan selesai dan dia bersama keluarganya telah pun meninggalkan hospital.

Tambahnya lagi, atas faktor privasi pesakit, pihak hospital tidak dapat mendedahkan maklumat peribadi lanjut.

Related Articles

Back to top button