
RM BTS Dapat Hadiah Cincin Mahal Daripada Jin Sempena Hari Jadi Ke-31
Pada 12 September lalu, anggota dan ketua kumpulan BTS, RM berkongsi momen menyentuh hati di Instagram Story miliknya.
Menerusi foto berkenana, RM atau nama sebenarnya, Kim Namjoon memuat naik sekeping foto berserta kapsyen: “Abang Jin bagi saya hadiah.”
Foto tersebut memaparkan tangan RM yang memakai sebentuk cincin, menandakan bahawa Jin telah menghadiahkannya sebagai tanda meraikan ulang tahun kelahirannya pada hari yang sama.
Cincin itu dilaporkan merupakan barang kemas mewah daripada jenama Perancis terkenal dan ini memperlihatkan sifat murah hati dan penuh perhatian Jin terhadap rakan sepasukannya.
RM turut menzahirkan rasa syukur dengan memuat naik gambar itu sendiri, menambahkan sentuhan peribadi dan hangat terhadap pemberian tersebut.
Selain meraikan hari lahirnya, RM turut membuat sumbangan amal yang besar dengan mendermakan sebanyak 100 juta won (RM340,000) masing-masing kepada ASAN Medical Center dan dana pembangunan Korea University Medical Center.
Sementara itu, semua ahli BTS kini telah menamatkan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka dan sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula kumpulan penuh pada tahun 2026.