Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal  Bernikah 2 Oktober ini

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Bakal Bernikah 2 Oktober ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan putera baginda, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bakal melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz pada 2 Oktober ini.

Menurut kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, istiadat pernikahan diraja itu akan diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Beliau turut memaklumkan bahawa Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja sempena meraikan perkahwinan itu akan berlangsung pada 22 Oktober di Balairung Seri serta Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah.

Bagi memohon keberkatan agar semua istiadat berjalan lancar, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat akan dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 September di seluruh masjid negeri Selangor.

Pada tarikh sama, Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor turut dijadualkan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Related post

Leave a Reply