Pulang Kampung Naik Paragliding, Atlet Ini Curi Perhatian Orang Awam

Pelbagai cara digunakan untuk pulang ke kampung sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Termasuk seorang atlet yang memilih untuk pulang ke kampung halaman isterinya dengan menggunakan cara paragliding.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, kejadian tersebut dirakam di Indramayu, wilayah Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi rakaman berkenaan, atlet tersebut dilihat mengendalikan payung terjun dengan gaya santai melalui kawasan bandar, melintasi bangunan dan kenderaan.

Sehinggakan, ramai dalam kalangan orang awam memberhentikan kenderaan dan merakam kejadian tersebut dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Difahamkan, atlet tersebut menggunakan paragliding untuk pulang ke kampung kerana mahu menikmati pemandangan kawasan desa isterinya.

Setakat ini, video berkenaan mencatatkan lebih 49,000 tontonan.

Antara respons yang ditinggalkan netizen termasuklah ada yang memujinya memilih solusi terbaik untuk pulang ke kampung.

Selain itu, ada juga yang berpesan supaya berhati-hati supaya tidak melanggar sebarang kabel elektrik ketika berada di udara.

Related post

Leave a Reply