PM Mahu Nabil, Azad & Radin Jadi Ejen Perpaduan, Tumpun Ramadan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir supaya menjadi ejen perpaduan dan memberikan tumpuan kepada sambutan Ramadan.

Pastinya mereka berbesar hati menerima nasihat yang dizahirkan oleh Perdana Menteri dan berazam untuk merealisasikan harapan tersebut sementelah terpalit dengan satu kontroversi baru-baru ini.

“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.

“Jadi selalu dalam percakapan, perbuatan itu pasti kena perbanyakkan mesej perpaduan, itu yang beliau cakap kepada kami,” katanya seperti dipetik Astro AWANI.

Ketiga-tiga personaliti ini bertemu Perdana Menteri sempena Majlis Berbuka Perdana Menteri bersama Media di Angkasapuri, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Terdahulu Perdana Menteri dilihat meluangkan masa di meja ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan berbual mesra, sambil memberi kata-kata semangat.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran kira-kira 500 pengamal media daripada pelbagai agensi dalam dan luar negara.

Foto BERNAMA

Related post

Leave a Reply