Perlahankan Bisnes Tumpu Rawatan Kanser

IBU kepada selebriti Neelofa mengakui dia masih lagi dalam proses rawatan dan penyembuhan selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap satu baru-baru ini.

Tegasnya dia juga akan berehat sebentar daripada dunia perniagaan bagi memberikan tumpuan kepada proses berkenaan sambil meminta doa agar kesihatannya pulih seperti sedia kala.

Menurut Datin Noor Kartini Noor Mohammed, dia disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas melalui saringan kesihatan di sebuah hospital.

“Baru-baru ini mama didiagnosis dengan kanser payudara tahap satu. Mama tak pernah fikir. Tak ada dalam keluarga kita sejarah kanser. Mujur mama dapat kesan kanser pada peringkat awal.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah dan sekarang ni masa untuk mama lalui proses penyembuhan dan atas permintaan anak-anak, mama perlahankan bisnes juga,” jelasnya menerusi perkongsian video di media sosial.

Semuanya bermula apabila dia melakukan saringan kesihatan mamogram tapi ada beberapa prosedur lain perlu dilakukan disebabkan ada ‘sesuatu’ yang tidak kena melalui keputusan awal.

Meskipun berat menerima takdir, banyak perkara yang bermain difikiran wanita ini tatkala menerima keputusan berkenaan termasuklah mahu mengetahui sel kanser tersebut sudah berapa pada tahap apa.

“Mama dapat tahu masa buat saringan kesihatan mamogram dan doktor kata kena buat biopsi pula. Dalam fikiran tak terlintas pasal kanser sebab sejarah keluarga kami tak ada kanser.

“Tak terfikir pun sebenarnya dan tak pernah ambil tahu penyakit ini sebab tak ada ahli keluarga yang mengidap kanser. Selepas tiga hari keputusan pun keluar, mama disahkan mehudap kansert tahap satu.

“Memang ‘bengong’ sebenar. Tak boleh terima dan tak boleh difikirkan,” tambahnya lagi.

Sebaik sahaja perkara tersebut disahkan doktor, kesemua anak-anaknya termasuk yang tinggal di England dan Sabah pulang ke rumah bagi memberikan semangat kepadanya.

Katanya dia bersyukur kerana dapat mengesan awal penyakit berkenaan memandangkan proses rawatan juga lebih mudah untuk dilakukan.

Related post

Leave a Reply