Pak Lah Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra disapa Pak Lah telah meninggal dunia pada petang Isnin.
Arwah menghembuskan nafas terakhir pada usaia 85 tahun di di Institusi Jantung Negara, Kuala Lumpur, jam 7.10 petang.
Berita pemergian Pak Lah turut dimaklumkan oleh Khairy Jamaluddin menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.10 pm di Institusi Jantung Negara, Kuala Lumpur.
“Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dalam kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya.
Sebelum ini, media melaporkan tahap kesihatan arwah semakin merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana masalah demensia.
Untuk rekod, Pak Lah menjadi Perdana Menteri ke-5 pada 2003 selepas tamatnya penggal Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun.