Noor Kumalasari Rindu Anita Sarawak

Bintang vateran, Noor Kumalasari mengakui amat merindui kakaknya yang juga penyanyi terkenal, Anita Sarawak selepas kali terakhir berjumpa pada 2011.

Noor berkata, setiap kali mengimbau kenangan bersama Anita, 72, perkara itu pasti menjentik emosinya.

“Saya betul-betul rindukan Anita dari lubuk hati ini. Sudah berapa lama kita tidak berbual panjang, ketawa dan faham antara satu sama lain serta berkongsi kisah peribadi.

“Semoga Allah sentiasa merahmati Anita dan suaminya (Mahathir). Saya sayangkan Anita selagi hayat dikandung badan,” kongsinya dalam sebuah hantaran video.

Dalam pada itu, Noor berkata, dia masih berat untuk menrima kenyataan yang Anita sudah pindah ke Amerika Syarikat bersama suami.

“Saya tergamam apabila tahu dia tiba-tiba sudah pindah sana. Saya dapat tahu pun daripada kakak kami. Kali terakhir jumpa dia masa dia datang ziarah arwah ibu,” kongsinya lagi.

Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Akhirnya Kini Pasti itu sudah menetap di Amerika Syarikat dan membina kehidupan baharu bersama suami di sana.

Anita juga kini lebih selesa hidup privasi dan tidak lagi mengejar dunia popular sekali gus meninggalkan dunia seni.

Related post

Leave a Reply