Neelofa Baca Quran 4 Jam Sehari Sepanjang Ramadan

Mengambil keberkatan di bulan mulia, selebriti terkenal, Noor Neelofa, 36, berkongsi rutin yang dilakukannya sepanjang Ramadan.

Menurut Neelofa, dia akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bersahur dan memperuntukkan masa selama empat jam sehari membaca Quran.

“Saya akan bangun sahur pada jam 4.30 pagi kemudian ambil wuduuk dan solat dahulu. Selepas itu, baru saya sahur dengan makan kurma dan minum sebanyak 500ml air.

“10 minit sebelum azan Subuh, saya akan kejutkan suami untuk dia bersahur. Masuk sahaja azan, suami akan ke masjid dan saya solat di rumah.

“Setelah itu, saya akan membaca al-Quran, selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya akan tidur sekejap.

“Selepas bangun, saya akan ke dapur untuk siapkan makanan anak-anak. Selesai solat zohor, saya sambung baca Quran lagi,” katanya dalam siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Neelofa banyak menggandakan amalan sepanjang bulan Ramadan.

Usai rutin di siang hari, bekas pengacara program MeleTOP itu berkata, dia akan meneruskan ibadahnya dengan solat sunat terawih selepas berbuka puasa.

“Selepas berbuka, jika suami ada di rumah kami akan ke masjid untuk tarawih. Kalau dia tak ada, saya akan tarawih sendiri di rumah,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.

Related post

Leave a Reply