Lelaki Kahwin Dua Pengantin Perempuan Sekali Gus Dikecam
Seorang lelaki dikecam wargamaya selepas mengahwini dua wanita sekali gus dalam sebuah majlis perkahwinan di China.
Menerusi South China Morning Post, hal tersebut meraih perhatian netizen selepas satu kad jemputan perkahwinan digital dimuat naik di platform media sosial Douyin.
Pada kad digital berkenaan, kelihatan seorang lelaki memakai sut dengan kehadiran dua wanita mengenakan gaun putih berdiri di kiri dan kanannya.
Pada kad digital tersebut, tertulis informasi mengenai majlis perkahwinan berkenaan.
Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut diadakan di sebuah restoran bernama Century Jiayuan Banquet Centre di bandar Zhuhai dalam wilayah Guangdong, selatan China pada 19 April lalu.
Disebabkan kad digital dan imej berkenaan viral, ramai dalam kalangan netizen meluahkan pendapat masing-masing mengenainya.
“Perkahwinan tiga orang? Adakah ia benar? Saya tidak sabar untuk mengetahui gosip mereka,” kata seorang netizen.
Difahamkam, pihak polis memberitahu dan mengesahkan salah seorang wanita dalam gambar tersebut merupakan bekas isteri kepada pengantin lelaki.
“Gambar perkahwinan dan jemputan itu adalah sebahagian daripada gurauan,” kongsi polis berkenaan.