Lelaki Ini Rugi Besar Lepas Beli Bearbrick RM230,000… Turun Harga RM100,000 Pun Tiada Siapa Mahu

Seorang lelaki yang pernah membelanjakan RM230,000 untuk satu koleksi Bearbrick edisi terhad kini berdepan realiti pahit, bukan sahaja nilainya merudum, tetapi selepas diturunkan harga sebanyak RM100,000, masih tiada siapa yang mahu membelinya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, lelaki tanpa nama itu meluahkan rasa kecewa di Facebook, mendedahkan bahawa Bearbrick yang suatu ketika dahulu sangat diidamkan itu kini telah hilang daya tarikan dalam kalangan pengumpul.

“Walaupun saya dah turunkan harga kepada RM130,000, masih tiada seorang pun yang mahu beli,” tulisnya, sambil menambah bahawa nilai semula koleksi itu telah jatuh menjunam dan dia kini berisiko mengalami kerugian lima angka.

Bearbrick merupakan barangan mainan pereka dari Jepun yang terkenal dengan edisi terhad dan kolaborasi bersama artis-artis terkenal ini pernah dianggap sebagai ‘permata suci’ dalam dunia pengumpul streetwear dan seni.

Beberapa reka bentuknya pernah mencapai harga yang sangat tinggi di sesi lelongan, sekali gus mencetuskan kegilaan dalam kalangan pengumpul untuk memiliki satu.

Namun, hype itu kini telah reda. Dengan minat yang semakin pudar dan harga pasaran yang jatuh merudum, ramai pengumpul kini terperangkap dengan Bearbrick bernilai tinggi yang tidak dapat dijual, walaupun dengan kerugian besar.

Perkongsian itu pantas mencetuskan perbincangan dalam talian, dengan ramai netizen mengejek nasib lelaki berkenaan.

“Orang yang berpura-pura kaya je kejar trend sebegini.”

“Labubu akan menjadi sasaran sesterusnya. Percayalah.”

“Kalau turun RM200,000 daripada harga asal pun tiada siapa mahu beli.”

Related post

Leave a Reply