Jungkook BTS Buat Peminat Tak Keruan

Jungkook BTS sekali lagi membuat peminat tidak keruan gara-gara tampil memperlihatkan dengan lebih jelas tatu baharu yang dicacah pada dadanya.

Pada 29 Julai, Ma Sun Ho, seorang jurulatih kecergasan dan pembina badan, telah memuat naik gambar bersama Jungkook di gimnasium.

Jungkook yang mengenakan baju tanpa lengan berwarna hitam membolehkan netizen melihat dengan jelas reka bentuk tatu berwarna-warni yang sangat terperinci di bahagian dadanya.

Memandangkan ini adalah kali pertama peminat dapat melihat tatu tersebut dengan begitu jelas, reaksi mereka di media sosial sangat mengujakan. Selain itu, kebanyakannya tidak dapat menyembunyikan kekaguman mereka terhadap keindahan tatu yang dimiliki Jungkook.

Tidak mengejutkan langsung apabila netizen benar-benar jatuh cinta dengan hasil seni di tubuh Jungkook.

Tatu baharu Jongkook memnbuatkan sebahagian besar peminat tidak keruan.

Hal ini bukanlah satu perkara asing buat penyanyi lagu Standing Next To You itu. Sebelum ini, Jungkook sememangnya dikenali kerana koleksi tatunya yang unik.

Malah, dia juga pernah berkongsi maksud-maksud yang tersirat di sebalik beberapa tatu tersebut kepada para peminat.

Selepas tamat menjalani latihan ketenteraan, penampilannya di konsert J-Hope mencetuskan spekulasi bahawa Jungkook mungkin memiliki tatu baharu pada bahagian dada.

Walaupun sebelum ini peminat hanya dapat melihat secara sepintas lalu, kini mereka akhirnya dapat melihat dengan lebih jelas tatu tersebut.

Sumber: Koreaboo

Related post

Leave a Reply