Akaun TikTok peribadi Jung Kook BTS telah melepasi 22 juta pengikut, meningkat dua juta hanya dalam tempoh lapan bulan sejak ia melepasi angka 20 juta awal tahun ini.
Menariknya, jumlah pengikut, tontonan dan tanda suka pada akaun tersebut terus meningkat secara konsisten walaupun kebelakangan ini dia jarang memuat naik video baharu.
Walaupun berhenti seketika daripada memuat naik, popularitinya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda surut.
Ketika ini, TikTok Jung Kook hanya mempunyai 19 hantaran secara keseluruhan. Daripada jumlah itu, tiga video telah melepasi 100 juta tontonan, manakala 16 video telah melebihi 50 juta tontonan.
Video paling banyak ditonton ialah klip tarian lagu R&B hit Usher Yeah!, yang turut menampilkan penyanyi R&B itu sendiri. Video dengan jumlah suka terbanyak pula ialah video cabaran tarian Smoke daripada Street Woman Fighter 2, yang meraih lebih 16.92 juta tanda suka.
Kuasa jenama Jung Kook jelas dilihat menerusi rekod hashtag miliknya. Hashtag “#jungkook” telah melepasi angka 300 bilion tontonan, menjadikannya dirinya sebagai artis solo pertama di dunia mencapai pencapaian ini.
Dominasinya tidak terhad kepada TikTok sahaja. Saluran YouTube Topic rasmi Jung Kook kini memiliki 3.83 juta pelanggan, menjadikannya sebagai saluran dengan langganan tertinggi antara artis solo K-Pop.
Instagram Jung Kook juga mencatat pertumbuhan luar biasa. Akaun @mnijungkook yang dibuka semula pada 15 Julai lalu berjaya meraih 9.22 juta pengikut hanya dalam hanya sembilan hari dan kini telah melepasi lebih 10.5 juta pengikut.