Jalan Raya Viral Sebab Boleh “Peel-Off” Macam Topeng Muka

Selalu kita lihat jalan raya yang berlubang atau retak disebabkan kenderaan terlebih muatan yang lalu berulang kali di satu-satu tempat.

Namun, lain pula kisahnya dengan sebatang jalan raya yang terletak di Indonesia yang baru sahaja diturap.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan netizen di TikTok, seorang wanita dilihat mencabut lapisan tar yang baru sahaja diturap, tanpa sebarang masalah.

Tidak hanya itu, wanita itu tidak memerlukan tenaga berlebihan untuk berbuat demikian. Dia menarik turapan tersebut dengan bersahaja.

Dalam masa sama, tar berkenaan dilihat lembut atau lembik seperti plastik, seakan-akan dia sedang menarik topeng muka “peel off” selepas rawatan wajah.

Sungguhpun lokasi asal jalan berkenaan tidak didedahkan, namun rakaman yang dimuat naik kini menerima lebih 44,000 jumlah tontonan.

Pelbagai reaksi diberikan terhadap rakaman tersebut.

“Ini bukan tar tapi ‘mask peel off’,” kata seorang wargamaya.

“Mereka tidak kesah, yang penting duit masuk poket,” kata netizen lain.

Related post

Leave a Reply