
IU Pakai Baju Pemberian Park Bo Gum Banyak Kali
Pelakon dan penyanyi popular Korea, IU baru-baru ini berkongsi rakan pelakon, Park Bo Gum memberikan hadiah yang bermakna untuk dirinya sepanjang musim panas.
Dalam vlog terbaharunya, IU hadir memberi sokongan kepada Bo Gum semasa acara bertemu bersama peminat. Pelakon itu telah menyiapkan pelbagai hadiah untuknya, termasuk kek, topi, serta lightstick rasmi kedua-dua fandom mereka.
IU turut tersentuh dengan kad tulisan tangan yang disertakan, dan memuji Park Bo Gum kerana begitu teliti dalam setiap perkara kecil.
Ketika membincangkan tentang hadiah berkenaan, IU mendedahkan bahawa sebelum ini dia pernah menerima hadiah peribadi lain daripada Park Bo Gum yang akhirnya menjadi pakaian kegemarannya sepanjang musim panas, sehelai kemeja kotak-kotak biru muda.
IU berkata, dia mengenakan baju itu sepanjang musim panas. IU menambah, dia memakainya begitu kerap sehingga stafnya sendiri mula menyedarinya.
Malah, kerana dia kini dalam proses berpindah rumah, kemeja itu merupakan salah satu daripada hanya dua helai pakaian yang masih ada di rumah lamanya.
“Saya dah dua tahun bersedia untuk pindah. Sekarang hampir siap. Semua barang dah dipindahkan ke rumah baharu. Tinggal dua helai baju di rumah lama!
“Kemeja yang Bo Gum bagi dan sehelai lagi kemeja kotak-kotak. Saya pakai masa rakaman Cantabile, dan saya rasa saya pakai juga ke Anugerah Siri Blue Dragon. Saya simpan sebab saya suka,” akuinya lagi.