Isteri Ali XPDC Meninggal Dunia

ISTERI kepada penyanyi Ali XPDC, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 54, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, jam 6.08 petang tadi akibat kanser payudara.

“Ya, isteri sudah meninggal dunia. Arwah meninggal di depan mata saya,” katanya.

Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail, 57, berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhir.

Beliau juga memaklumkan jenazah arwah akan diuruskan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Salak Tinggi selepas waktu Isyak,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Terdahulu media tempatan melaporkan Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan masalah jantung, manakala isterinya, dirawat di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara.

Sebagai rekod, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata.

Related post

Leave a Reply