Intan Najuwa ‘Meletup’, Dedah Pereka Fesyen Popular Hutang Jutaan Ringgit!

Intan Najuwa ‘Meletup’, Dedah Pereka Fesyen Popular Hutang Jutaan Ringgit!

Pelakon, Datin Intan Najuwa, 28, akhirnya membuka mulut mengenai sikap seorang pereka fesyen popular yang didakwa gagal melunaskan hutang mencecah jutaan ringgit.

Menurut Intan, isu tersebut sudah lama berlarutan, namun rasa amarahnya memuncak apabila individu berkenaan dilihat semakin licik mengelak daripada membayar balik pinjaman meskipun segalanya sudah termeterai dalam kontrak hitam putih.

“Ada seorang pereka fesyen popular ni, masa nak pinjam duit janji manis bukan main. Bila sampai masa bayar balik ikut perjanjian, tiba-tiba jadi ular, pandai putar belit.

“Kalau sikit tak apa, tapi berjuta ringgit jumlahnya. Nasib baik semua ada bukti, ada perjanjian dan ada peguam,” tulis Intan di Instagram Story.

Apa yang lebih menyakitkan hati, kata Intan, pereka fesyen tersebut bukan sahaja culas membayar hutang, malah sering menayang kehidupan mewah di media sosial.

“Sangat kelakar, hidup mewah sana-sini, tapi hutang wajib pun tak mampu bayar. Kekayaan sebenar bukan apa yang ditayang, tapi macam mana nak hormat janji dan amanah. Tak sabar nak dedahkan siapa sebenarnya,” katanya lagi.

Intan menjelaskan, pada awalnya dia enggan menghebahkan perkara ini kepada umum kerana mahu menyelesaikannya secara baik. Namun, sikap acuh tak acuh pereka fesyen tersebut membuatkan kesabarannya akhirnya hilang.

“Mula-mula kami tak mahu drama, biar selesai elok-elok. Tapi bila masuk bab nak bayar balik, macam-macam alasan keluar.

“Pusing cerita seolah-olah kami tak tahu undang-undang, sedangkan semua dah hitam putih dalam kontrak.

“Terlalu melampau. Bila kepercayaan berulang kali dikhianati, rasa hormat itu hilang. Gaya mewah takkan boleh beli balik kepercayaan yang dah hancur,” tegas Intan.

Related post

Leave a Reply