Hueningkai TXT Didakwa Minum Dengan Wanita Misteri, Ada Dakwa Itu Kakaknya
Pada awal pagi 8 Oktober waktu Korea, seorang netizen tanpa nama menimbulkan dakwaan terhadap ahli kumpulan TOMORROW X TOGETHER (TXT), Hueningkai, kononnya dia minum sepanjang malam bersama seorang wanita di bilik peribadi.
Menurut dakwaan tersebut, Hueningkai dikatakan keluar minum bersama seorang wanita hanya sehari selepas pulang ke Korea dan mereka berdua minum sehingga hampir waktu awal pagi.
Netizen itu turut mendakwa yang pasangan tersebut menunggu sehingga semua pelanggan lain pulang sebelum dijemput menaiki sebuah kereta.
Namun, beberapa peminat tampil menafikan tuduhan itu dan menjelaskan wanita yang dimaksudkan sebenarnya ialah kakak Hueningkai sendiri iaitu Lea.

Seorang netizen mendakwa Lea telah melakukan siaran langsung di TikTok bagi menjelaskan bahawa dia memang bertemu dengan Hueningkai pada hari tersebut.
Bagaimanapun, masih ada segelintir yang kekal ragu-ragu dengan penjelasan itu.
Dalam masa sama, ramai peminat meluahkan kemarahan terhadap tindakan ‘sasaeng’, individu yang dipercayai mengekor Hueningkai secara peribadi untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Antara komen netizen:
“Jangan sesekali benarkan kelakuan sasaeng.”
“Isu sebenar di sini ialah sasaeng yang mengekori Hueningkai.”
“Sasaeng fans ni tolonglah berhenti.”
“Saya langsung tak percaya apa-apa yang datang daripada sasaeng.”
Sumber: Allkpop