Guna Nombor Telefon Scammer Beli Nombor Ekor, Wanita Dari Ipoh Ini Menang Besar!

Guna Nombor Telefon Scammer Beli Nombor Ekor, Wanita Dari Ipoh Ini Menang Besar!

Setiap kali kita menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali, perkara biasa yang dilakukan ialah mengabaikannya dan berharap agar kita tidak diganggu lagi.

Namun, bagi seorang suri rumah di Ipoh, satu panggilan spam telah menjadi kunci tuah besar selepas wanita itu memutuskan untuk bertaruh nombor ekor menggunakan nombor telefon pemanggil tersebut.

Menurut laporan The Sun Malaysia, wanita itu menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan dengan tepat memilih untuk tidak menjawabnya.

Apabila melihat semula panggilan tidak dijawab itu, matanya tertumpu pada dua set nombor 4526 dan 3106. Dua nombor ini membuatkan nalurinya terdetik bahawa ia mempunyai potensi kombinasi untuk bertaruh.

Bertindak atas gerak hati, dia meletakkan pertaruhan RM2 menggunakan nombor berkenaan untuk cabutan loteri Da Ma Cai 1+3D.

Tanpa disangka, nombor kombinasi itu benar-benar muncul dalam keputusan cabutan pada 10 September, sekali gus membolehkan dia membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM6,078,449.

Kemenangan itu kemudian disahkan oleh Da Ma Cai melalui laman Facebook rasminya.

Mengulas mengenai kemenangan jackpot tersebut, wanita itu berkata dia sama sekali tidak menyangka bahawa menggunakan nombor pemanggil spam boleh membawanya kepada jumlah wang sebesar itu.

Selepas menerima hadiah kemenangan, dia telah menderma sebahagian daripada wang tersebut kepada beberapa badan kebajikan dan tidak menyimpan semuanya untuk dirinya sendiri.

Related post

Leave a Reply