Fattah Amin Mohon Orang Ramai Doakan Amira Othman
Pelakon, Fattah Amin, 33, mencetuskan kebimbangan peminat apabila memuat naik sekeping foto katil hospital berona hitam putih di Instagram Story sambil meminta orang ramai mendoakan keadaan isterinya, Amira Othman.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai tahap kesihatan Amira, hantaran ringkas Fattah nyata mengundang pelbagai spekulasi.
“Doakan isteri syurga saya,” tulis Fattah bersama emoji tangan berdoa.
Tinjauan di Instagram Amira pula mendapati pasangan itu sempat menghadiri sebuah acara bersama sebelum penyanyi berkenaan memuat naik gambar tangannya yang sedang di-drip.
Melalui kapsyen ringkas, Amira berkata “Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira.”
Difahamkan, pasangan itu bakal terbang ke Korea Selatan atas urusan peribadi pada Isnin.
Perkongsian tersebut dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada peminat yang berharap agar Amira dikurniakan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Imbas kembali, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September lalu dalam sebuah majlis meriah yang berlangsung di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
