Concert

Comeback Besar, BIGBANG Bakal Gegarkan Coachella

Coachella Valley Music and Arts Festival 2026 dijadual berlangsung selama dua hujung minggu, iaitu dari 11 hingga 13 April dan 18 hingga 20 April 2026.

Mendahului barisan artis tahun ini ialah kumpulan K-Pop ikonik BIGBANG, menandakan aktiviti rasmi pertama mereka sempena ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu.

Persembahan BIGBANG di Mnet MAMA Awards 2024 sebelum ini sekali lagi membuktikan mengapa mereka menjadi inspirasi kepada ramai artis K-pop di seluruh dunia.

Pada asalnya, BIGBANG dijadualkan membuat persembahan di Coachella pada tahun 2020, namun ia dibatalkan akibat pandemik COVID-19, sekali gus mengecewakan para peminat.

Dalam tempoh enam tahun sejak itu, kumpulan ini berubah daripada empat anggota kepada tiga. Persembahan Coachella tahun ini akan menampilkan G-Dragon, Taeyang dan Daesung.

Walaupun ada peminat yang mengharapkan kemunculan mengejut bekas ahli T.O.P, album solo terbaharunya serta kenyataan yang dibuat menjadikan kemungkinan itu agak tipis.

BIGBANG dijadualkan menjadi headliner di pentas Outdoor Theatre pada 13 dan 20 April 2026. Outdoor Theatre merupakan salah satu daripada tujuh pentas di Coachella dan merupakan lokasi kedua terbesar di festival tersebut. Video teaser yang dikeluarkan memaparkan bendera BIGBANG terpacak di tengah bulan bercahaya, memberi bayangan persembahan yang penuh gah.

Festival tahun ini turut menampilkan barisan artis antarabangsa seperti Justin Bieber dan Sabrina Carpenter, dengan Karol G sebagai salah satu headliner. Antara nama lain yang turut serta termasuk kumpulan The xx, Nine Inch Nails, projek elektronik Nine Inch Noise oleh Boys Noize, legenda indie David Byrne, serta DJ Armin van Buuren dan ramai lagi.

Peminat di seluruh dunia kini menantikan kemunculan semula BIGBANG di pentas Coachella, menjadikan festival tahun ini satu detik bersejarah buat kumpulan tersebut serta peminat K-pop global.

Related Articles

Back to top button