Azharina Nafi Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’

Azharina Nafi Daniesh Suffian ‘Anak Ikan’

Penyanyi, Azharina Azhar, 40, tampil menjelaskan hubungannya dengan penyanyi baharu, Daniesh Suffian, 27, selepas timbul dakwaan kononnya lelaki itu adalah ‘anak ikan’ kepadanya.

Menurut Azharina, gosip tersebut sama sekali tidak benar kerana mereka sebenarnya mempunyai pertalian darah.

“Allahyarham datuk saya dan datuk Daniesh adik-beradik. Jadi, hubungan kami sebenarnya ialah dua pupu.

“Saya harap selepas ini jangan ada lagi yang kata dia ‘anak ikan’ saya,” katanya ditemui ketika majlis pelancaran single duet mereka berjudul Gunung Kinabalu.

Mengulas lanjut, Azharina berkata, dia tidak mengetahui siapa yang memulakan tuduhan itu namun memilih untuk tidak ambil hati.

“Saya kasihan dengan orang yang kata begitu, tapi dalam masa sama saya nak ucap terima kasih.

“Macam-macam gelaran diberikan, ada yang panggil ‘anak ikan emas’, ada pula kata kami macam emak dengan anak.

“Sumpah ya, ada komen macam itu di TikTok saya yang cecah hampir 1.9 juta tontonan.

“Tapi saya reda sahaja, yang penting niat saya adalah untuk perkenalkan bakat Daniesh,” jelasnya.

Bercerita mengenai lagu Gunung Kinabalu, Azharina berkata dia sendiri yang membawa Daniesh menyertai projek tersebut kerana yakin dengan kemampuan vokalnya.

“Alhamdulillah, bila kami buat beberapa ‘cover’ di TikTok, terbukti suara kami memang boleh ‘blend’. Itu yang buat saya yakin untuk keluarkan lagu duet bersama dia,” katanya lagi.

Related post

Leave a Reply