Ayda Jebat Bakal Timang Anak Ketiga, Kini Hamil Empat Bulan

Ayda Jebat Bakal Timang Anak Ketiga, Kini Hamil Empat Bulan

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, 33, mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya.

“Assalamualaikum. Keluarga kecil kami insya-Allah akan bertambah seorang lagi.

“Saya sekarang dah empat bulan hamil. Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen.

Seperti dijangka, ruang komen dihujani ucapan tahniah dan doa daripada peminat serta rakan selebriti yang sama-sama teruja dengan khabar tersebut.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama pengacara dan usahawan, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata comel iaitu Ana Nayla, 4 dan Aali Mateen, 2.

Related post

Leave a Reply