Anna Jobling Menang Trofi ‘Outstanding Asian Star’ Di SDA 2025

Anna Jobling Menang Trofi ‘Outstanding Asian Star’ Di SDA 2025

Pelakon, Anna Jobling, 25, mencatat sejarah peribadi apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Outstanding Asian Star pada Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, pada Khamis.

Pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman meraih pengiktirafan itu menerusi lakonannya dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah yang turut menampilkan gandingan bersama pelakon Shukri Yahaya dan Niezam Zaidi.

Tampil anggun dalam persalinan gaun labuh berona ungu, Anna mendedikasikan kemenangan itu buat seluruh pihak yang sentiasa berada di belakangnya.

“Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

“Kemenangan ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga buat peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya,” luahnya penuh syukur.

Anna turut berterima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana menjadi platform penting yang mencipta momen berharga dalam perjalanan seninya.

Sebagai aktres muda yang kerap meraih kejayaan, Anna berazam untuk terus menjadi inspirasi kepada pelakon generasi baharu agar berani bermimpi besar dan melangkah jauh.

“Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia,” tambahnya.

SDA merupakan acara berprestij yang menghimpunkan karya dan bakat seni dari seluruh dunia.

Dalam kategori tersebut, Anna turut bersaing dengan nama-nama besar industri hiburan Asia termasuk Kim Seon-ho, Jisoo, Daniel Padilla dan Kentaro Sakaguchi.

Related post

Leave a Reply