Anak Tak Datang Sekolah 2 Hari Sebab Sambut Hari Jadi

Anak Tak Datang Sekolah 2 Hari Sebab Sambut Hari Jadi

Hal-hal keluarga yang tidak dapat dielakkan atau kecemasan kadangkala membuatkan ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah.

Namun, satu hantaran daripada seorang wanita mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa ada ibu bapa kini menggunakan alasan sambutan hari lahir untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Berkongsi pengalaman di Threads, wanita itu menulis:

“Ini daripada group sekolah anak saya… kalau saya, fikir 10 kali dulu sebelum tulis alasan anak tak hadir ke sekolah,” tulisnya.

Dia turut memuat naik tangkap layar daripada kumpulan WhatsApp kelas yang menunjukkan seorang ibu bapa menjelaskan ketidakhadiran anaknya kerana menyambut hari lahir.

Apa yang lebih mengejutkan, ketidakhadiran itu direkodkan selama dua hari berturut-turut, iaitu Khamis dan Jumaat.

Guru kelas dengan pantas membalas, menyatakan bahawa sambutan hari lahir pelajar tersebut sudah diadakan hari sebelum, sekali gus mempersoalkan mengapa perlu cuti lagi pada hari berikutnya.

Guru itu kemudian memperjelaskan yang sambutan hari lahir bukanlah alasan sah untuk ketidakhadiran pelajar.

“Lain kali perkara ini tidak boleh berlaku lagi… dalam sistem memang tak ada alasan ‘sambutan hari lahir’,” tegas guru berkenaan.

Insiden itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan ibu bapa lain dalam kumpulan berkenaan dan kemudiannya tular selepas dimuat naik ke media sosial.

“Dulu kena ada MC surat klinik, takda kena tulis surat. Searang Whatsapp je senang betul.”

“Sekarang memang takda surat formal eh? Kiranya, masalah tak hadir tu just by Whatsapp
jela ye sekarang?”

“Hahaha I pernah baca, ada parents tulis alasan anak tak datang sebab dah kejut bangun
pagi, tapi tak nak bangun. Speechless baca.”

Related post

Leave a Reply