Anak ‘Struggle’ Nak Bayar HRV Bapa, Tapi Bapa Pula Tak Mahu Tukar Kereta Murah, Hanya Mahu X50

Anak ‘Struggle’ Nak Bayar HRV Bapa, Tapi Bapa Pula Tak Mahu Tukar Kereta Murah, Hanya Mahu X50

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalaman selepas secara tidak sengaja membaca mesej WhatsApp antara suaminya dan bapa mentua mengenai bayaran kereta.

Menurut perkongsian di Threads, suaminya berdepan kesukaran untuk membayar ansuran bulanan melebihi RM1,000 bagi sebuah Honda HR-V yang kini digunakan oleh ibu bapanya.

Disebabkan keadaan kewangan yang semakin ketat, suaminya menyuarakan hasrat untuk menjual HR-V tersebut dan menggantikannya dengan kereta lebih mampu milik seperti Perodua Bezza.

Namun, apa yang paling mengejutkan wanita itu ialah reaksi bapa mentuanya. Bukannya memahami beban kewangan anak, sebaliknya si bapa mentua mencadangkan agar keluarga membeli Proton X50 jika HR-V itu berjaya dijual.

“Suami saya dah beritahu dia tak tahu nak cari duit untuk bayar semua itu. Tapi bapa mentua jawab kalau HR-V boleh jual, terus beli X50. Dia siap kata nanti ada orang boleh tolong bayar RM500 dulu, kemudian dia akan tambah selebihnya,” kongsi wanita tersebut.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa dia dan suami hanya menggunakan Perodua Myvi untuk kegunaan sendiri, selain sedang menjaga bayi berusia dua bulan.

Selain itu, abang suaminya juga menanggung bayaran sewa rumah ibu bapa suaminya setiap bulan.

Keadaan kewangan yang menekan membuatkan pasangan ini rasa terperangkap, terutama apabila mereka cuba mendahulukan keluarga kecil sendiri sambil berdepan permintaan keluarga suami.

Kisah itu mendapat perhatian netizen, yang rata-rata bersimpati dengan pasangan berkenaan. Antara komen netizen:

“Jadi suami dia yang bayar, maksudnya pinjaman kereta atas nama dia? Cakap saja pinjaman untuk X50 tu tak lulus. Permintaan besar, tapi anak yang tanggung.”

“Suami yang bayar kereta untuk mak ayah, sekarang nak minta X50 pula. Mintalah Audi sekali terus, senang cerita. Nanti anak balik rumah pakai seluar dalam je, orang tanya kenapa. Jawab je semua dah digadai untuk bayar ansuran X50. Nanti seluar dalam pun boleh digadai, tinggal bulu je.”

Related post

Leave a Reply