Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa, sah bercerai dengan suaminya, Vicky Kharisma pada Mei lalu.
Mahkamah Agama Jakarta Pusat telah mengesahkan penceraian pasangan itu pada 19 Mei, selepas Vicky gagal menghadiri sesi perbicaraan yang ditetapkan.
Difahamkan, Acha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Vicky pada 12 Disember tahun lalu.
Sebagai sebahagian daripada keputusan mahkamah, Acha turut diarahkan membayar wang tebus talak sebanyak kira-kira RM600.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia lapan tahun.
Terdahulu, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka mula timbul apabila Acha memuat naik hantaran di Instagram dengan tanda pagar #coparenting, yang merujuk kepada kaedah penjagaan anak bersama selepas bercerai.
Meskipun sebelum ini dikenali sebagai selebriti yang jauh daripada kontroversi, berita perceraian Acha mengejutkan ramai peminat serta peminat.
Kini, Acha kembali aktif dalam kerjaya lakonannya dan terbabit dalam beberapa projek besar termasuk filem Qodrat 2, selain terlibat dalam produksi bersama di antara Jakarta dan Sydney.