Yusuf Bahrin Sudah Sediakan Kejutan Untuk Zizi Kirana

Yusuf Bahrin Sudah Sediakan Kejutan Untuk Zizi Kirana

Pelakon, Yusuf Bahrin, 33, sudah menyediakan satu kejutan istimewa buat isterinya, penyanyi, Zizi Kirana sempena kepulangan wanita itu ke tanah air selepas menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Menurut Yusuf, kejutan itu sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan keberanian Zizi yang sanggup menggalas tanggungjawab besar demi menjayakan misi kemanusiaan tersebut.

“Alhamdulillah, saya sudah bertemu dengan Zizi tadi. Saya beritahu, di rumah nanti ada kejutan menantinya.

“Lepas ini kami akan terus pulang, insya-Allah. Apa pun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan pada malam ini,” katanya.

Yusuf meluahkan rasa syukur apabila isterinya dan pasukan sukarelawan Malaysia pulang dengan selamat selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang misi kemanusiaan tersebut.

Aktor itu yang hampir dua bulan tidak bersua dengan Zizi kelihatan sebak apabila berpeluang memeluk isterinya sebaik wanita itu keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Selasa.

Untuk rekod, Zizi antara 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi GSF iaitu sebuah inisiatif antarabangsa yang membawa mesej solidariti dan bantuan buat rakyat Palestin.

Kesemua sukarelawan negara dibebaskan oleh rejim Zionis Sabtu lalu selepas ditahan di perairan antarabangsa, sebelum diterbangkan ke Istanbul, Turkiye dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur.

Ketibaan mereka disambut penuh emosi dengan lebih 2,000 orang awam membanjiri ruang ketibaan KLIA sambil melaungkan takbir dan sorakan “Free Palestine”, sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan kemanusiaan itu.

Related post

Leave a Reply