Tiga Wanita Diganggu Ketika Solat Dapat Pampasan RM331,000

Selepas diganggu oleh seorang lelaki ketika mengerjakan solat, tiga pelajar kolej beragama Islam di Amerika Syarikat (AS) diberi pampasan sebanyak AS$75,000 (RM331,00).

Memetik laporan Fox News, lelaki yang mengganggu ketiga-tiga wanita tersebut meminta mereka pulang ke negara masing-masing sewaktu menunaikan solat di luar sebuah pusat beli-belah di Alpharetta, Georgia, AS.

Selepas kejadian tersebut, tiga pelajar berkenaan kemudian mencapai penyelesaian dengan lelaki berkenaan, Perry Greene.

Perry merupakan bekas suami kepada Ahli Kongres Georgia, Marjorie Taylor Greene.

Ketika sidang media berlangsung, peguam bagi ketiga-tiga wanita itu dan wakil daripada Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) Georgia mendedahkan butiran baharu tentang kes berkenaan selain penyelesaiannya.

Kongsi tiga wanita itu, Perry menghubungi mereka melalui peguam selepas video gangguan secara lisan itu mula tersebar di internet.

Sejurus selepas itu, lelaki itu meminta maaf kepada mereka secara tertutup dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.

Wang ganti rugi itu kemudian didermakan kepada masjid tempatan.

Sumber: Fox News

Related post

Leave a Reply