FoodsGaya Hidup

Tekanan Kos Sara Hidup, Lelaki Ini Jadikan Sardin Dalam Tin Sumber Protein Utama

Seorang lelaki berkongsi di internet yang sardin dalam tin kini menjadi sumber protein utamanya akibat tekanan kewangan.

Hantarannya di Reddit mencetuskan perbincangan mengenai peningkatan kos sara hidup, pilihan makanan murah, serta kebimbangan kesihatan berhubung kebergantungan kepada makanan dalam tin setiap hari.

Lelaki itu berkongsi yang sardin boleh menjadi alternatif yang baik bagi mereka yang mencari makanan tinggi protein dengan bajet terhad.

“Saya dah jumpa sumber protein baharu sebagai seorang yang pokai,” tulisnya.

Dia menjelaskan, satu tin bersaiz 425g yang berharga RM3.99 mengandungi kira-kira 28.1g protein bagi setiap 100g dan sekitar 477.7 kalori secara keseluruhan, menjadikannya pilihan yang murah dan mengenyangkan.

Hantaran tersebut pantas menarik perhatian ramai, dengan ramai netizen mengatakan ia mencetuskan perbincangan berguna tentang cara mencari sumber protein mampu milik ketika hidup dalam kekangan kewangan.

Antara komen yang ditinggalkan:

“Sardin adalah salah satu sumber lemak sihat yang baik termasuk yang dalam tin. Tapi selalunya ia dalam sos tomato yang pengeluar tambah gula. Cuba cari yang tanpa gula. Saya tak nampak senarai penuh ramuan di sini. Kalau tiada gula, itu jenama yang baik untuk dipilih.”

“Sumber protein yang baik, tapi ia makanan dalam tin. Jangan ambil setiap hari.”

Related Articles

Back to top button