Trending

“Selamat Pengantin Baharu Khairul & Ina Naim” – Mawi

Perkongsian terbaharu, penyanyi dan pelakon Mawi di Instagram mencuri perhatian ramai apabila memaparkan momen dia bersama bekas tunangnya, Ina Naim dan keluarga.

Dalam foto tersebut, turut kelihatan suami Ina, Mohd Khairul Rizal Shukor serta anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie Mohd Suhaim atau lebih dikenali sebagai Hadie.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan buat pasangan berkenaan yang mendirikan rumah tangga pada November 2024.

“Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina. Semoga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak mendedahkan lokasi atau butiran lanjut mengenai pertemuan itu.

Ada yang beranggapan ini merupakan pertemuan pertama antara Mawi dan Ina sejak hubungan mereka berakhir suatu ketika dahulu, lebih-lebih lagi kedua-duanya pernah mengikat tali pertunangan ketika di awal kemunculan Mawi dalam industri hiburan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh juara Akademi Fantasia Musim 3 itu kerana mampu berinteraksi dengan baik bersama bekas tunangnya.

Untuk rekod, Mawi dan Ina pernah bertunang sebelum hubungan tersebut berakhir pada tahun 2006. Ina kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad pada tahun 2007.

Sementara itu, Mawi pula berkahwin dengan Ekin Rahmat pada 2008 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata.

Related Articles

Back to top button