‘Saya Sekarang Sudah Bergelar Janda’ – Nina Iskandar

Enggan lagi berselindung, pelakon, Nina Iskandar, 34, mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Azlan Adzanan pada tahun lalu.

Jelas pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar, dia dan bekas suami sudah tidak tinggal sebumbung sejak 2022.

“Saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya nak berselindung. Sebelum ini saya memilih untuk kunci mulut kerana kes perceraian kami masih berjalan. Jadi tidak berani kongsi.

“Sekarang segalanya sudah selesai, jadi saya terbuka untuk jelaskan status terkini saya. Kami sah bercerai pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sebuah sidang media, pada Khamis.

Kongsi aktres itu lagi, dia mengambil pendekatan untuk tidak memaklumkan kepada umum sebelum ini demi menjaga aib keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya tidak suka hebohkan sesuatu perkara dan saya tidak mahu membuka aib-aib mana-mana pihak.

“Saya perlu menjaga sensitiviti keluarga masing-masing. Meskipun sebelum ini ada pengamal media yang bertanya, saya enggan beritahu perkara sebenar,” ungkapnya lagi.

Imbas kembali, Nina mendirikan rumah tangga dengan Azlan yang bertugas sebagai penolong pengarah pada April 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia lima tahun.

Related post

Leave a Reply