Ryan Bakery Mahu Belanja Peminat Bertuah
PERSONALITI media sosial, Ryan Bakery membuat kejutan apabila mengumumkan akan memberikan sarapan secara percuma kepada 100 pendengar setia stesen radio Era sekiranya dia berjaya membawa pulang kemenangan sempena Gempak Most Wanted Awards (GMWA) yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Dia yang dicalonkan dalam kategori Digital Creator (Entertainment) Tergempak membuat janji tersebut ketika siaran langsung 3 Pagi Era sambil ditemu bual oleh Radin dan Pak Azad pada Jumaat.
“Kepada Nabil, Radin dan Pak Azad, kalau saya menang saya akan sarapan pagi kepada 100 orang terawal di Restoran Pelita KLCC. Kalau saya kalah saya akan bersiaran di Era bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.
Meskipun ‘janji’ manis yang ditabur oleh Ryan dipandang sinis oleh mereka Radin dan Pak Azad, Ryan berkata dia akan menunaikan hasrat tersebut pada hari Isnin hadapan. Malah dia sendiri sudah mempersiapkan mental dan fizikal sekiranya terpaksa ke udara sepanjang hari berkenaan sekiranya
rezeki tidak berpihak kepadanya.
“Saya gembira bila nama masih lagi berada dalam senarai pencalonan dan membuktikan kehadiran saya masih diterima baik oleh pengikut. Mereka bukans ahaja memberikan sokongan tetapi dalam masa yang sama memberikan inspirasi kepada saya untuk terus menghasilkan kandungan yang lebih baik.
“Sebab itu saya mahu belanja 100 orang bersarapan secara percuma sekiranya rezeki memihak kepada saya. Kalau sebaliknya berlaku, saya akan ‘hiburkan’ mereka melalui suara di Era sepanjang hari,” kata Ryan memberikan penjelasan.
Selain Ryan, turut tercalon dalam kategori berkenaan terdiri daripada Acap S, Kasih Iris Leona, Shah Zakaria dan Steph Beauty.
Mengulas mengenai calon lain, bapa kepada seorang cahaya mata ini tidak menafikan saingat sengit diberikan oleh mereka yang mempunyai pengikut tersendiri.
Masing-Masing hadir dengan kandungan yang disukai ramai meliputi pelbagai kategori dan sentiasa membawa idea segar. Sudah pasti kesemua calon yang bertanding mempunyai kekuatan
tersendiri.
“Sama ada menang atau tidak, saya serahkan kepada rezeki. Kita semua berusaha untuk memberikan yang terbaik dan dalam masa yang sama meraikanpenganjuran GMWA kali ini.
“Ini masa untuk kita sama-sama meraikan pencipta kandungan. Teruslah menghasilkan kandungan yang berkualiti untuk masyarakat,” jelasnya lagi.