
Park Bom Unfollow Semua Orang Di IG Kecuali Lee Min Ho, Peminat 2NE1 Bingung & Risau
Anggota 2NE1, Park Bom sekali lagi mencuri perhatian ramai kerana tindakannya di media sosial yang mencetuskan tanda tanya.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, peminat menyedari jumlah akaun yang diikuti oleh Park Bom di Instagram semakin berkurangan.
Penyanyi itu dilihat berhenti mengikuti semua orang termasuk ahli kumpulan 2NE1 dan staf syarikatnya.
Sehinggalah hanya tinggal satu akaun sahaja yang masih diikutinya oleh Park Bom. Akaun Instagram tersebut dimiliki pelakon terkenal Lee Min Ho.
Sebelum ini, Park Bom beberapa kali menunjukkan rasa kagumnya terhadap Lee Min Ho, termasuk pernah merujuk pelakon itu sebagai suaminya dan memuat naik gambar suntingan yang menunjukkan mereka berdua bersama.
Pihak agensi Lee Min Ho bagaimanapun pernah menjelaskan bahawa kedua-duanya tidak pernah berjumpa secara peribadi.
Tindakan terbaharu Park Bom itu membuat ramai peminat bingung dan bimbang, sambil tertanya-tanya maksud di sebaliknya.
Ada yang berpendapat ia mungkin sekadar gurauan atau fasa sementara, namun ada juga yang khuatir ia menandakan wujudnya ketegangan dalam kumpulan 2NE1.
Sementara itu, pada bulan Ogos lalu, Park Bom dilaporkan mengambil cuti rehat daripada aktiviti bersama 2NE1 atas faktor kesihatan.