Lelaki Sri Lanka Tunjuk Kemaluan Pada Pelancong New Zealand Ditahan

Lelaki Sri Lanka Tunjuk Kemaluan Pada Pelancong New Zealand Ditahan

Seorang lelaki di Sri Lanka telah ditangkap selepas menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelancong dari New Zealand baru-baru ini.

Insiden itu terbongkar selepas pelancong berkenaan, yang sedang melancong secara solo di Sri Lanka, berkongsi pengalaman tersebut di Instagram.

Videonya kini telah meraih lebih 274,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Dalam video itu, pelancong tersebut yang menaiki tuk-tuk berkata, dia perasan seorang lelaki menaiki skuter beberapa kali memperlahankan dan kemudian memecut untuk memotongnya.

Dia menyangkakan lelaki itu telah hilang dari pandangan, namun lelaki tersebut muncul semula ketika dia berhenti sebentar untuk berehat dan minum. Lelaki itu turun dari skuter untuk bercakap dengannya.

Walaupun wujud sedikit halangan bahasa, pelancong itu pada awalnya melayan perbualan kerana lelaki itu kelihatan mesra, tetapi perbualan bertukar menjadi tidak selesa.

Lelaki itu tiba-tiba meminta untuk melakukan hubungan seks dan menunjukkan kemaluannya, menyebabkan pelancong itu menolak secara sopan dan segera beredar.

Dalam kapsyennya, pelancong itu menegaskan yang kejadian tersebut adalah insiden terpencil dan tidak mewakili Sri Lanka atau penduduknya, yang disifatkannya sebagai antara yang paling baik dan pemurah pernah ditemuinya.

Dalam video susulan, pelancong itu berkata dia menerima komen-komen yang menyalahkannya kerana mengembara seorang diri.

Namun, dia membalas kritikan itu dengan menekankan bahawa wanita sepatutnya boleh melancong dengan selamat dan lelaki yang berkelakuan tidak senonoh adalah punca sebenar.

Dia turut menekankan, satu insiden tidak seharusnya mendefinisikan sesebuah negara atau keseluruhan pengalaman melancong secara solo.

Katanya, dia berasa selamat sepanjang sebulan berada di Sri Lanka, dan meminta orang ramai supaya tidak membiarkan tindakan seorang individu membentuk pandangan terhadap budaya keseluruhan.

Menurut portal berita Australia, News AU, pelancong itu telah membuat laporan kepada Jabatan Polis Pelancongan selepas meninggalkan Sri Lanka.

Pihak berkuasa bertindak pantas, mengesan lelaki itu dalam masa dua hari dan menangkapnya dalam tempoh lima hari. Lelaki tersebut kini berdepan tindakan mahkamah.

Sumber: Mothership

Related post

Leave a Reply