Lee Ji Hoon Didakwa Lakukan Keganasan Rumah Tangga

Seorang pelakon terkenal asal Korea Selatan baru-baru ini didakwaa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya di kediaman mereka di Bucheon, Wilayah Gyeonggi.

Menurut laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa pada 14 Ogos, pelakon yang dirujuk sebagai “A” itu didakwa terlibat dalam pertengkaran hebat yang kemudiannya membawa kepada pergelutan fizikal dengan isterinya, “B.”

Laporan menyatakan bahawa ketika pergaduhan tersebut, A cuba meninggalkan lokasi tetapi dihalang oleh isterinya, yang akhirnya mencetuskan pergelutan. Kejadian berlaku pada 24 Julai lalu.

Apabila perbalahan bertukar menjadi serangan fizikal, panggilan kecemasan 112 dibuat dan pihak polis tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Hasil siasatan mendapati kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes perlindungan domestik, bukannya jenayah, kerana B menyatakan bahawa dia tidak mahu meneruskan tindakan undang-undang.

Walaupun polis mengesahkan laporan keganasan rumah tangga itu kepada media, mereka enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Namun, laporan media memberi bayangan identiti pelakon tersebut, mendedahkan bahawa dia berusia lingkungan 40-an dan terkenal kerana membintangi pelbagai filem serta drama, termasuk sebuah filem pecah panggung yang mencecah 10 juta tontonan.

Ketika netizen cuba meneka siapakah pelakon tersebut, nama Lee Ji Hoon mula tular di internet. Ji Hoon merupakan pelakon pembantu dalam The Outlaws, filem pecah panggung tahun 2017 yang meraih 10 juta tontonan, sekali gus menguatkan spekulasi.

Tidak lama kemudian, agensi Lee, Y.one Entertainment, mengesahkan bahawa pelakon yang dimaksudkan dalam laporan itu sememangnya Ji Hoo. Mereka turut menjelaskan bahawa laporan polis mengesahkan insiden tersebut tidak serius dan pergelutan itu tidak sampai ke tahap serangan fizikal.

Sumber: Koreaboo

Related post

Leave a Reply