Kongsi Momen Penuh Makna, Rosé Luang Masa Bersama Pesakit Kanak-Kanak

Kongsi Momen Penuh Makna, Rosé Luang Masa Bersama Pesakit Kanak-Kanak

Anggota kumpulan BLACKPINK, Rosé, menghabiskan sambutan Krismas yang penuh bermakna tahun ini dengan mengunjungi sebuah hospital kanak-kanak.

Kehadiran Rosé ke hospital bagi berkongsi kehangatan dan kata-kata semangat bersama pesakit cilik.

Pada 31 Disember, Rosé memuat naik perkongsian di media sosial untuk mengimbau kembali lawatannya itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Universiti Nasional Seoul kerana meluangkan masa bersama saya pada Hari Krismas dan membolehkan saya menutup tahun ini dengan cara yang begitu hangat,” tulisnya.

Kongsinya, dia menerima begitu banyak kasih sayang melalui lagunya, APT, sepanjang tahun lalu. Rosé berkongsi bahawa dia amat menghargai masa berharga yang diluangkan bersama mereka, sambil menambah bahawa mereka ketawa bersama, berbual, dan turut mengambil gambar kenangan.

“Saya datang dengan niat untuk membalas kasih sayang yang saya terima sepanjang tahun ini, tetapi akhirnya saya rasa sayalah yang pulang dengan lebih banyak kegembiraan dan kehangatan,” tulisnya lagi.

Rosé juga mengakui yang pengalaman tersebut memberi kesan kepadanya, terutama mengingat kembali pandangan sayu kanak-kanak di sana.

Selain itu, Rosé turut menggalakkan orang ramai untuk terus menunjukkan perhatian dan kasih sayang kepada kanak-kanak ini, di samping menyampaikan harapan agar kanak-kanak di seluruh dunia dapat menutup tahun dengan penuh kehangatan dan kebahagiaan.

Menutup mesejnya, Rosé mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua, sambil menyatakan harapan agar kebaikan dan kehangatan yang dikongsi sepanjang musim perayaan ini akan berterusan ke tahun yang akan datang.

Related post

Leave a Reply