Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Komposer Ross Ariffin, 63, dilaporkan meninggal dunia seperti yang dikongsikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil melalui hantaran Facebook malam ini.

“Saya sangat berdukacita menerima khabar pemergian seorang seniman tanah air, Ross Ariffin, petang tadi.

“Berita tersebut disampaikan pihak Rumah Seri Kenangan Cheras yang menjadi tempat tinggal Allahyarham Ross ejak November tahun lalu. 

“Uncle Ross merupakan komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan,” katanya pada hantaran itu.

Nama Ross Ariffin kembali hangat beberapa tahun lalu apabila dia dilaporkan hidup sebagai gelandangan dan mendapat liputan meluas daripada media tempatan.

“Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun, tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni. 

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman… Al Fatihah,” katanya.

Sepanjang hidup, antara karya Allahyarham termasuklah Dia nyanyian Fauziah Latiff, Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah) dan Kau dan Aku (Ning Baizura)

Related post

Leave a Reply