Katy Perry & Justin Trudeau Makan Malam Bersama Di Restoran Mewah Montreal

Katy Perry nampaknya mengucapkan “bon appétit” kepada Justin Trudeau apabila pasangan tersebut dilihat menikmati hidangan bersama di sebuah restoran mewah Le Violon, Montreal, Kanada.

Dalam rakaman terbaru yang diperoleh oleh TMZ, Katy kelihatan berminat dengan apa yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri Kanada itu. Dia juga malah dilihat membongkok ke arah meja, seolah-olah sedang berbual secara mendalam.

Seperti dilaporkan TMZ, keduanya menikmati koktel dan berkongsi beberapa hidangan, termasuk satu menu yang mengandungi lobster.

Difahamkan, pengawal keselamatan yang sedang memantau mereka berdua duduk di bar dengan membelakangi pasangan tersebut, memerhati melalui cermin berlapis di restoran itu.

Pada satu ketika, cef restoran datang untuk menyapa mereka dan selepas selesai makan, Katy dan Trudeau dilaporkan turut masuk ke dapur untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada kakitangan.

Katy kini sedang berada di Kanada sempena konsert jelajahnya yang dijadualkan berlangsung di Ottawa dan juga Montreal.

Katy kini menikmati kehidupan solo selepas berpisah dengan bekas suaminya, Orlando Bloom. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.

Sementara itu, Trudeau dan bekas isterinya Sophie berpisah pada tahun 2023 selepas 18 tahun berkahwin.

Related post

Leave a Reply