Janji Persembahan Terbaik, Nadhif Basamalah Rai Peminat Di KL

Janji Persembahan Terbaik, Nadhif Basamalah Rai Peminat Di KL

Karya yang baik disulam dengan suara yang menenangkan jiwa menjadi kekuatan kepada penyanyi Nadhif Basamalah yang terkenal antara pelapis baharu yang mencuri tumpuan peminat.

Maka, tidak hairanlah satu persatu lagu penyanyi ini sering mendapat tempat bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia yang sentiasa dahagakan karya terbaharunya.

Kini, peminat lelaki ini boleh menarik nafas panjang apabila dia bakal ke sini sempena dengan Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur pada 11 September hadapan.

Menurut penganjur bersama After School dan Banyak Bagus Entertainment, Kuala Lumpur adalah antara destinasi paling dinantikan komposer-penyanyi muda itu untuk bertemu peminatnya di Malaysia.

“Tanpa merendahkan lokasi lain dalam Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025, After School dan Banyak Bagus Entertainment dengan bangga membawa penyanyi yang namanya sedang hangat ini singgah sekali di Kuala Lumpur.

“Selain Singapura dan Kota Kinabalu, Sabah, Nadhif juga tidak sabar bertemu peminatnya di Kuala Lumpur.

“Jangan sampai terlepas peluang mendengarkan vokal emas Nadhif Basamalah lewat lagu-lagu hitnya yang bakal dipersembahkan,” ujar Liaw Sun dari Banyak Bagus Entertainment.

Nadhif teruja bakal mengadakan persembahan di Kuala Lumpur sedikit masa lagi.

Penjualan tiket Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 sudah mula dijual melalui ‘ticketmelon’ dan tiket adalah terhad.

“Tiket sangat terhad. Jadi kalau anda benar setia dan tidak mahu melepaskan peluang bergembira bersama Nadhif Basamalah, inilah masanya. Jangan sampai terlepas acara penting ini,” ujar Liaw Sun lagi.

Menyusuri perjalanan seni Nadhif, dia beruntung menjadi pilihan penyanyi Tulus membuka acaranya lewat tour Manusia di Makassar mula debut pada Julai 2022 menerusi Wonder in Time.

Namanya terus meledak dan mendapat tempat di hati peminat menerusi single seperti To Be With Me dan Without Me (Sera) sebelum Penjaga Hati menakluk hati peminat pada 2023.

Nadhif terus membuat peminatnya ‘gila bayang’ dengan karya balada dan vokal enaknya menerusi lagu-lagu baharu termasuk Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya.

Untuk semua peminat penyanyi ini, ayuh kita sama-sama jatuh cinta dengannya di Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur di The Exchange Hall, 11 September ini.

Related post

Leave a Reply