Isu Ameera Khan Bercinta Dengan Jefri Nichol, Neelofa Pilih Berdiam

Isu Ameera Khan Bercinta Dengan Jefri Nichol, Neelofa Pilih Berdiam

Selebriti dan usahawan, Neelofa, 36, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang mengenai hubungan adiknya, Ameera Khan dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol yang kini hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia khuatir kenyataannya akan mengundang lebih banyak kecaman serta reaksi negatif daripada warganet.

“Saya rasa lebih baik simpan komen itu untuk diri sendiri. Ada perkara yang tak perlu dijawab kepada umum kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

“Kalau kita jawab pun, apa saja jawapan pasti akan kena kecam. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu ulas,” jelasnya.

Mengulas mengenai nama adiknya yang semakin mencuri perhatian di media sosial, Neelofa berpendapat tidak wajar untuk masyarakat membuat perbandingan antara dirinya dengan Ameera.

“Sebenarnya tak boleh nak samakan sebab kami dalam bidang berlainan. Zaman sekarang, dunia media sosial membuatkan sesiapa saja boleh dikenali.

“Kalau dulu orang hanya ambil tahu tentang selebriti, tapi situasi sekarang berbeza. Adik saya bukan pelakon, penyanyi atau pengacara,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) pernah menjalin hubungan cinta dengan Jefri Nichol sebelum dikatakan berpisah sekitar Oktober 2021.

Namun, pada penghujung Mac tahun lalu, pasangan itu dilihat kembali bersama dan sejak itu semakin terbuka berkongsi momen mesra mereka di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Related post

Leave a Reply