Ibu Whatsapp Guru, Minta Jawapan Untuk Peperiksaan Anak!

Ibu Whatsapp Guru, Minta Jawapan Untuk Peperiksaan Anak!

Tidak dinafikan, kerjaya guru sering berdepan pelbagai situasi, daripada hal serius sehinggalah perkara yang pelik.

Baru-baru ini, seorang guru berkongsi tentang pengalaman mengejutkan apabila ibu kepada muridnya dengan berani meminta skema jawapan untuk peperiksaan anaknya, yang dijadualkan berlangsung pada keesokan hari.

Dalam hantaran di Threads, guru tersebut memuat naik tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan ibu kepada salah seorang pelajarnya.

Selepas memberi salam, ibu berkenaan bertanya sama ada cikgu berkenaan boleh kongsikan jawapan bagi kertas peperiksaan anaknya.

Tidak percaya dengan apa yang dibaca, guru itu bertanya semula sama ada si ibu benar-benar bermaksud begitu dan wanita itu menjawab “Ya”.

Guru berkenaan kemudian menolak dengan tegas, membalas: “Of course cannot. It’s an exam!”
(“Sudah tentu tidak boleh. Ini peperiksaan!”)

Menerusi kapsyen, dia menambah, si ibu hanya membalas dengan “Ohhh okay” selepas menyedari permintaannya tidak akan dilayan.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan ibu tersebut, menyifatkannya melampau dan mencerminkan sikap keibubapaan yang tidak sihat.

Antara komen warganet:

“Maaf nak tanya, tapi ini ke kali pertama dia jadi ibu atau kali pertama hantar anak ke sekolah?”

“Zaman sekarang, ibu bapa dah terlalu bebas mesej cikgu. Dulu mana ada WhatsApp cikgu. Sekarang sampai berani minta skema jawapan. Tak boleh nak hadam!”

Namun, ada juga yang meragui kesahihan perbualan tersebut, dan berpendapat mungkin sebenarnya murid itu sendiri yang berpura-pura menjadi ibunya ketika menghantar mesej kepada guru.

Sumber: Threads

Related post

Leave a Reply