
Galaxy Corporation Catat Keuntungan Luar Biasa Separuh Tahun 2025, Didorang Kuasa G-Dragon
Galaxy Corporation sekali lagi merekodkan pertumbuhan keuntungan yang luar biasa hasil daripada artis super IP mereka, G-Dragon.
Syarikat hiburan dan teknologi berasaskan AI itu mencatat jumlah jualan sebanyak 126 bilion KRW (RM378 juta), keuntungan operasi sebanyak 12 bilion KRW (RM36 juta) dan keuntungan bersih sebanyak 13 bilion KRW (RM39 juta) bagi separuh pertama tahun 2025.
Prestasi ini jauh mengatasi pertumbuhan syarikat pada tahun 2024 yang pada waktu itu mencatatkan peningkatan jualan tahunan sebanyak 207 peratus.
Kini, hanya dalam tempoh enam bulan, Galaxy Corporation telah menjana lebih tiga kali ganda pendapatan tahunan mereka pada tahun 2024, iaitu sekitar 40 bilion KRW (RM120 juta).
Dalam sektor media, Galaxy Corporation membuktikan keupayaan penerbitan hiburannya melalui program seperti ‘1 Night, 2 Days’, ‘Let’s Kick Together’, ‘Mr. Trot 3’ dan ‘Physical 100 Season 2’.
Namun, sumber pendapatan terbesar syarikat datang daripada G-Dragon, yang meluncurkan album penuh ketiganya ‘Übermensch’ pada Februari tahun ini, sebelum memulakan jelajah Asia yang mendapat sambutan besar.
Minuman beralkohol kolaborasi G-Dragon, PEACEMINUSONE Highball, turut mencatat jualan melebihi 10 juta tin pada tahun 2025, sekali lagi membuktikan kekuatan IP artis itu yang tiada tandingan.
Sementara itu, Galaxy Corporation baru-baru ini merekrut dua lagi artis super IP, iaitu pelakon Song Kang Ho dan penyanyi Kim Jong Kook.