Eyka Farhana, Akhyar Rashid Nikah Awal Bulan Mei

Pelakon, Eyka Farhana, 30, mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga pemain bola sepak pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, awal Mei.

Walau bagaimanapun, pemilik nama lengkap Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi enggan memaklumkan tarikh sebenar majlis pernikahannya atas beberapa faktor.

“Saya mohon maaf tidak dapat beritahu tarikh tepat untuk majlis pernikahan kami atas sebab tertentu.

“Setakat ini, semua persiapan untuk majlis pernikahan kami juga berjalan lancar.

“Saya mohon doa dari semua terutama peminat agar majlis pernikahan kami nanti dipermudahkan, insya-Allah,” kongsinya.

Mengakui berdebar menanti hari diijabkabulkan, Eyka berkata, dirinya sudah bersedia untuk masuk ke alam perkahwinan dan menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Pastinya saya juga berdebar dan teruja untuk menanti detik diijabkabulkan sebagai isteri nanti.

“Apapun, kami sudah lama berkawan dan percaya sudah sampai seru untuk saya berumah tangga,” katanya kepada Harian Metro

Imbas kembali, Eyka dan Akhyar mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu.

Related post

Leave a Reply