Dapat Pendapatan Lebih Banyak Sedangkan Berkongsi Waktu Kerja Yang Sama, Hwasa Kerap Belanja Mewah Kakitangan

Penyanyi K-Pop, Hwasa mendedahkan sebab mengapa dia kerap memberikan hadiah-hadiah mewah kepada individu yang bekerja dengannya.
Meluahkan rasa syukur, Hwasa dilihat cukup terbuka terhadap hubungan rapat yang dibina dengan pasukannya.
Menerusi program digital Salon Drip yang ditayangkan baru-baru ini, Hwasa berkata, dia menjaga kebajikan kakitangan kerana mereka telah lama bekerja bersama.
Katanya, walaupun mereka berkongsi jadual kerja yang sama, dia memperoleh pendapatan lebih tinggi, dan itu membuatkannya merasakan adalah sesuatu yang wajar untuk memberi kembali dengan murah hati.
Hwasa turut menegaskan, tiada apa yang dirasakan sebagai pembaziran apabila melibatkan stafnya, malah dia sentiasa mahu melakukan lebih banyak untuk mereka.
Dia juga memberitahu yang dia gemar mengunjungi kolam air panas bersama pasukannya, kerana pengalaman sebegitu membantu mengeratkan hubungan mereka.
Kenyataan jujur dan penuh kehangatan itu menarik perhatian ramai serta menyerlahkan penghargaan tulusnya terhadap individu yang sentiasa menyokongnya.
Sementara itu, single digital terbaharu Hwasa berjudul ‘So Cute’ akan dilancarkan pada 9 April.
Sumber: Allkpop



